Saham Teknologi Terus Rangsang Prestasi Cemerlang Pasaran Wall Street

153

Wall Street meneruskan rali positif dan saham Eropah mencatat keuntungan kukuh apabila kebimbangan pelabur mengenai kenaikan kadar mulai reda.

Indeks purata Dow Jones Industrial naik 0.86% pada 35,768.06 sementara S&P 500 tambah 1.45% pada 4,587.18 dan Nasdaq COmposite capai 2.08% pada 14,490.37.

STOXX 600 pan-Eropah canak 1.7% dengan sektor pembuat kereta mendahului keuntungan sebanyak 4.0%, di mana Volkswagen naik 6.1% dan Porsche lonjak 8.2%.

Indeks meluas MSCI Asia-Pasifik luar Jepun naik 1.8% ke paras tertinggi 2 minggu dan saham cip biru, Nikkei Jepun lonjak 1%.

Facebook milik Meta Platform Inc melonjak 5% sekaligus menamatkan 5 sesi penurunan sebelum ini selain Nvidia turut mencatat kenaikan 2.2% dan Microsoft mencanak 6.4%.

Dalam pada itu, penanda aras hasil perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) menyusut dari paras tertinggi berbilang tahun, seterusnya menstabilkan sentimen di pasaran global dan meningkatkan permintaan bagi saham pertumbuhan.

Hasil perbendaharaan 2 tahun naik ke paras tertinggi sejak Februari 2020.

Seterusnya, indeks dolar yang mengukur sejumlah 6 mata wang lain jatuh 0.06% sementara Euro naik 0.1% dan Yen Jepun turun 0.03%.

Harga minyak meningkat selepas inventori minyak mentah AS susut hampir 5 juta tong dan permintaan bahan api meningkat ke paras tertinggi.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 77 sen atau 0.9% pada $91.55 setong sementara minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS tambah 30 sen pada $89.66 setong.

Niaga hadapan emas naik 0.5% pada $1,836.60 dan harga spot canak 0.38%.

Sentimen Mula Tunjuk Tanda-Tanda Memulih

Sentimen kelihatan sedikit memulih selepas menerima berita positif yang mencadangkan ketegangan antara AS dan Rusia berhubung krisis Ukraine semakin reda, selain pertemuan Presiden Perancis, Emmanual Macron dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dipercayai mengurangkan lagi kebimbangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat