Saham Terus ‘Merah’ Sementara Harga Minyak Kekal Jadi Topik Hangat

360

Pasaran saham terus suram apabila harga minyak terus mara lebih tinggi ekoran sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap import minyak dan tenaga Rusia yang semakin ketat.

Presiden AS, Joe Biden mengumumkan pada Selasa dan juga kerajaan Britain mengenai rancangan untuk menghentikan import minyak serta produk Rusia menjelang akhir 2022.

Ekoran daripada itu, penanda aras minyak mentah Brent lonjak 3.9% pada $131.27 setong sebelum turun sedikit pada $127.98 setong semasa akhir sesi dagangan, manakala niaga hadapan minyak mentah AS canak 3.60% pada $123.70.

Sebagai makluman, Rusia mengeksport minyak mentah lebih kurang 7 ke 8 juta tong sehari bagi pasaran dunia dan sekatan terhadap Moscow boleh menyebabkan harga komoditi tersebut melonjak ke paras $300 setong.

Menurut ketua analisis risiko geopolitik Morning Consult, Jason McMann, langkah sekatan oleh AS dan Eropah terhadap Rusia akan memberi kesan besar kepada bekalan tenaga dunia andai ia benar-benar menjadi kenyataan.

Kesinambungan daripada itu, pasaran saham, yang masih bimbang dengan kenaikan kadar inflasi, menjadi lebih parah.

Indeks MSCI ekuiti dunia yang menjejaki saham 50 negara lain jatuh 0.59%.

Indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 83.05 mata atau 0.25% pada 32,734.33, S&P 500 hilang 16.03 mata atau 0.38% pada 4,185.06 dan Nasdaq Composite tambah 8.70 mata atau 0.07% pada 12,839.66 sementara STOXX 600 susut 0.51%.

Hujar Solita Marcelli, ketua pegawai pelaburan di AS bagi cabang pengurusan kekayaan UBS, lonjakan pada harga minyak menyebabkan ketidaktentuan pasaran berterusan buat masa ini.

Penanda aras hasil bon kerajaan Jerman naik mendadak dan tolok jangkaan inflasi pasaran zon Euro jangka panjang lonjak ke paras tertinggi sejak 2013.

Hasil perbendaharaan 10 tahun AS berada pada 1.8594%.

Euro naik 0.47% pada $1.0903 sementara indeks dolar jatuh 0.112%.

Emas melanjutkan rali keuntungan sebagai aset safe-haven dengan harga spot emas naik 2.6% pada $2,049.31 per auns.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat