Saham Teruskan Trend ‘Meliar’ Selepas Kebimbangan Omicon Reda

125

Pasaran ekuiti global dan harga minyak melonjak pada Selasa selepas mendapat rangsangan dari China yang telah mencetus kenaikan dan ditambah dengan keredaan terhadap kebimbangan varian Omicron Covid-19 yang tidak akan menjejaskan sebahagian besar sektor ekonomi.

Saham teknologi melantun semula dengan Nasdaq yang melonjak 3% telah membantu indeks FTSEurofirst 300 bagi syarikat besar di Eropah untuk mencatat kenaikan berturut-turut pertamanya dengan lebih 1% keuntungan sejak Februari.

Saham teknologi di Eropah meningkat 5.6% sementara sektor teknologi maklumat S&P bertambah 3.5% hampir separuh daripada keuntungan S&P 500. Sektor semikonduktor menokok 5.0% dan kesemua 11 sektor S&P naik. Pertumbuhan mencanak 2.7% mengatasi keuntungan nilai 1.3%.

Pasaran semalaman Asia mencatat lantunan semula dengan kebangkitan dari beberapa syarikat gergasi teknologi China termasuk Alibaba Group, JD.com dan Baidu Inc.

Indeks MSCI seluruh dunia memacu 2.1% dalm peratusan keuntungan terbesar sejak November 2020. FTSEurofirst 300 ditutup tinggi pada 2.24%.

Pasaran Wall Street memperlihatkan indeks purata Dow Jones Industrial meningkat 1.40%, S&P 500 bertambah 2.07% dan Nasdaq Composite menokok 3.03%.

Pengurangan kebimbangan terhadap Omicron dan rangsangan dari China telah menyebabkan mata wang lebih berisiko dengan dolar Australia mendahului kenaikan telah memperoleh 1.0%.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah mata wang berbanding 6 mata wang lain naik 0.03% pada 96.324 sementara Euro susut 0.19% pada $1.1263 manakala Yen Jepun tambah 0.05% pada $113.52.

Jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mempercepatkan tapering bagi program pembelian bonnya pada pertemuan mesyuarat minggu depan sebagai tindak balas kepada pasaran buruh yang mengecewakan turut menyokong nilai dolar.

Hasil nota perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat (AS) naik 4.4 mata asas pada 1.479%.

S&P/ASX200 Australia naik 1% selepas bank pusatnya meninggalkan kadar faedah pada 0.1% dan Nikkei Jepun memacu 1.9% selepas Yen jatuh.

Harga minyak mentah Brent naik $2.36 pada $75.44 setong sementara harga minyak mentah AS tambah $2.56 pada $72.05 setong.

Niaga hadapan emas AS meningkat 0.3% pada 1,784.70 per auns.

Bitcoin meningkat 0.31 pada $50,697.01.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat