Saham Tesla Lonjak 4125% Atasi Netflix, Amazon

519

Ketika Tesla mula memasuki pasaran, harga sahamnya bernilai $17. Menerusi tawaran awam (IPO), nilai syarikat itu berjaya meningkat sekitar $226 juta dengan sahamnya melonjak sekitar 41%, ditutup pada $23.89.

Semalam, saham pengeluar kereta elektrik itu melonjak tinggi, ditutup pada $1,009.35 sekaligus menjadikan saham Tesla meningkat 4125% sejak penutupan hari pertama sebagai syarikat awam.

Prestasi saham itu merupakan yang terbaik di S&P 500 pada 2010-an, meletakkan Tesla di zon selesa bersama Netflix. Ini bermakna saham Tesla berjaya mendahului beberapa syarikat besar termasuk Amazon dan Apple serta pengeluar automatif.

Saham syarikat tersebut menempuhi banyak lonjakan termasuk penyusutan seperti pada bulan September 2018, saham syarikat itu susut 30% gara-gara salah faham ciapannya mengenai dana yang membolehkan syarikatnya beralih kepada persendirian.

Berbeza pada awal tahun 2020, saham syarikat itu mula melonjak selepas Tesla mengusahakan kilangnya di Shanghai dan mula membuat Model Y di kilang kereta Fremont, California.

Ketika pandemik Covid-19 juga saham melonjak lebih dari 140% walaupun kilang pengeluaran di California terpaksa ditutup selama berminggu-minggu.

Sejak menembusi pasaran, Tesla tidak pernah mencapai keuntungan sepanjang tahun. Syarikat itu telah melaporkan tujuh suku pendapatan bersih yang lebih besar dari sifar sejak tawaran awam (IPO), yang pertama ialah Q1 pada 2013.

Kini mereka melaporkan tiga kali suku keuntungan GAAP berturut-turut dengan beberapa perubahan sistem kewangan. Dijangka pihak mereka akan melaporkan pendapatan Q2 pada bulan hadapan.

Dikatakan Tesla sedang mensasarkan untuk tersenarai dalam S&P 500 yang memerlukan minimum empat suku keuntungan berturut-turut.

 

Anda mungkin juga berminat