Saham Tesla Merudum Kerana Undian Twitter Elon Musk

1,676

Saham Tesla di Frankfurt susut 9% semasa sesi awal dagangan pada Isnin selepas para pelabur mengambil maklum tinjauan Twitter Musk berkenaan penjualan 10% pegangan saham syarikatnya.

Terdahulu, Musk ada melakukan satu undian di Twitter peribadinya berkenaan cadangan beliau menjual 10% daripada sahamnya dan hasil undian tersebut mendapati 57.9% pengundi mengundi “Ya” daripada sejumlah 3.5 juta undian.

Saham Tesla yang disenaraikan di Frankfurt turun 7.9% pada €980 pada 0731 GMT. Sahamnya yang tersenarai di Amerika Syarikat (AS) meningkat 73.2% setakat tahun ini berbanding dengan kenaikan 23.9% dalam indeks Nasdaq Composite.

Musk sebelum ini menyatakan keperluan menggunakan sejumlah besar pilihan saham dalam 3 bulan mendatang yang akan mewujudkan bil cukai besar dan hasilnya membolehkan beliau membebaskan dana untuk membayar cukai.

Sehingga 30 Jun saham Musk dalam Tesla mencapai 170.5 juta dan penjualan 10% akan berjumlah kira-kira US$21 billion berdasarkan penutupan pada Jumaat. Termasuk pilihan saham, Musk memiliki 23% pegangan dalam Tesla, syarikat pembuatan kereta paling berharga di dunia.

Menurut data Refinitiv Eikon, dalam tempoh 3 bulan sehingga 4 November Tesla menjual saham bernilai US$259.62 juta, tidak termasuk pelupusan saham yang dipegang secara tidak langsung.

Tinjauan undian yang dibuat oleh Musk adalah berikutan cadangan Senat Demokrat AS yang mengenakan cukai ke atas saham bilionair dan aset boleh niaga lain bagi membantu biayai agenda perbelanjaan sosial Presiden Joe Biden serta mengisi kelemahan yang membolehkan mereka menangguhkan cukai keuntungan modal.

Tesla mencecah 1 trilion dolar jumlah permodalan pasaran pada akhir bulan Oktober menjadikannya syarikat AS kelima terbesar menyertai Apple, Microsoft, Amazon dan Alphabet.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat