Saham Tesla Merudum, Kereta Tesla Terbakar!

1,925

Saham Tesla Inc merekodkan penurunan terbesarnya dalam tempoh sebulan susulan insiden membabitkan kereta Model S keluaran tahun 2019 yang mengorbankan dua orang penumpang pada Sabtu lalu.

Saham syarikat berkenaan susut sebanyak 6.5% dan menerima tekanan baharu ketika sesi dagangan tengah hari selepas Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Lebuhraya Nasional melancarkan siasatan terhadap insiden tersebut.

Saham Tesla menurun serendah AS$691.80, merekodkan penyusutan harian terbesarnya sejak 18 Mac lalu.

Pada Sabtu lalu, kereta Tesla dilaporkan terbakar di Texas. Menurut pihak berkuasa tempatan, ‘tiada sesiapa’ yang didapati memandu kenderaan berkenaan kerana tiada mangsa yang dijumpai berada di tempat duduk pemandu.

Tesla sebelum ini menerima kritikan daripada pegawai Persekutuan terhadap risiko kebakaran yang berkaitan dengan pek bateri di dalam keretanya dan tidak melakukan langkah yang sewajarnya bagi memastikan pemandu Tesla menggunakan fungsi bantuan pemanduan dengan baik.

Syarikat itu dijangka akan mengeluarkan laporan suku pertama tahunannya pada 26 April ini.

Menurut pemerhati industri, insiden yang melanda Tesla dijangka memberi ‘kelebihan’ kepada pesaing Tesla seperti Mercedes-Benz AG dan Stellantis NZ yang melancarkan model kereta elektrik (EV) mereka sendiri.

Stellantis memaklumkan akan memberi tumpuan kepada sektor EV dan memberi unjuran EV akan menyumbang lebih satu pertiga penjualannya di Eropah menjelang pertengahan dekad ini.

Pengeluar kereta Itali, Ferrari NV merancang untuk mendedahkan EV pertamanya pada 2025 dan Mercedes- Benz telah melancarkan EDS, EV pertamanya yang bakal dijual di Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman itu diikuti dengan langkah serupa daripada General Motors Co. dan Volkswagen AG yang merancang pengeluaran EV pada tahun ini.

Menurut laporan Bloomberg pada 14 April lalu, saham Tesla merosot sebanyak 1 mata peratusan kepada 24% pada 2020 berbanding 2019 manakala saham VW Group melonjak 9% daripada 4% pada 2019.

Perkembangan itu menyaksikan VW Group berada pada landasan yang tepat untuk mengatasi Tesla pada 2023 dan memberi petanda bahawa pembuat kereta yang mapan dapat memperoleh keuntungan dengan cepat sebaik sahaja komited kepada teknologi ‘drivetain’.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat