Saham US Dan Asia Jatuh, Korea Utara Teruskan Pelancaran Peluru Berpandu Ke Lautan Pasifik

81

Saham di US jatuh manakala yen pula naik selepas Korea Utara melepaskan peluru berpandu mereka kali kedua merentasi Jepun ke lautan Pasifik hari ini, menjadi petanda Pyongyang kekal dengan pendirian untuk meneruskan program senjata nuklear tanpa menghiraukan sekatan yang dikenakan keatas mereka.

Saham US jatuh 0.2% manakala dolar masih stabil dengan USD/JPY didagang pada 110.19, susut 0.07% selepas yen menguat sepanjang tiga hari dagangan yang lalu.

Nikkei Jepun juga mendatar, manakala KOSPI Korea Selatan dan indeks utama Australia AXJO kedua-duanya jatuh 0.3%.

Indeks terbesar Asia Pasifik selain Jepun, MSCI juga susut 0.1%.

Japan menyatakan peluru berpandu Korea Utara jatuh di lautan sekitar 2,000km daripada timur Hokkaido.

Peluru berpandu tersebut dilancarkan hanya selepas sehari PBB mengenakan sekatan baru keatas Pyonyang disebabkan oleh ujian senjata nuklear mereka pada 3 September lalu. Walau bagaimanapun, pasaran dilihat tidak menunjukkan reaksi yang sama seperti sebelum ini.

Hirokazu Kabeya, ketua strategi global di Daiwa Sekuriti berkata, “Terdapat beberapa laporan yang mengatakan Korea Utara sedang bersedia untuk pelancaran peluru berpandu mereka, jadi ini bukanlah satu kejutan baru”.

“Sebelum ini juga, pasaran sudah kembali stabil beberapa hari selepas Korea Utara melepaskan peluru berpandu mereka. Disebabkan pasaran sudah mengalaminya sebelum ini, jadi hanya menghasilkan reaksi yang sedikit.” tambah beliau lagi.

Sebelum pelancaran peluru berpandu Korea Utara ini, saham di Wall Street bercampur selepas data inflasi pengguna US yang lebih baik daripada jangkaan, menambah keyakinan Federal Reserve untuk menaikkan kadar faedah pada Disember tahun ini.

Indeks harga pengguna naik 0.4% pada bulan Ogos berbanding bulan sebelumnya, naik lebih laju berbanding jangkaan 0.3%. Inflasi teras yang tidak termasuk harga tenaga dan makanan, naik 0.2%. Dan pada unjuran tahun ke tahun, turut meningkat kepada 1.7%, di atas jangkaan 1.6%.

Hasil bon 10-tahun US turut naik tinggi kepada 2.225%. Namun jatuh semula ke paras 2.178% di sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat