Saham Wall Street Ditutup Tinggi Menjelang Cuti Hari Kesyukuran AS

139

Saham Wall Street berakhir tinggi dalam dagangan pada Rabu menjelang percutian Hari Kesyukuran Amerika Syarikat (AS) apabila hasil perbendaharaan AS berlegar semula pada zon tertinggi tahun ini.

Indeks Dow Jones Industrial Average susut 0.02% pada 35,807.48 mata sementara S&P 500 naik 0.23% pada 4,701.54 dan Nasdaq Composite tambah 0.44% pada 15,845.23.

Nvidia meningkat 2.9% apabila ia bangkit semula daripada penjualan saham Big Tech awal minggu ini yang telah membantu imbangi kerugian dalam peruncit sementara Nordstrom menyusut 29% dan Gap merundum 5.7% ekoran pendapatan yang mengecewakan.

STOXX 600 pan-Eropah meningkat 0.1% selepas mencatat rekod sesi terburuk 2 bulannya pada Selasa apabila momentum awal dapat dikesan daripada sentimen perniagaan Jerman yang suram.

Indeks MSCI seluruh dunia naik 0.1 mata atau 0.01% dan indeks meluar MSCI Asia-Pasifik luar Jepun jatuh 1.31 mata atau 0.2%.

Beberapa penggubal dasar Federal Reserve (Fed) menggesa untuk mempercepatkan pengurangan program pembelian bon bank pusat AS dan seterusnya bertindak menaikkan kadar faedah andai inflasi melonjak tinggi.

Dolar AS terus mengukuh dan mencatat kenaikan 0.34% selepas mencecah paras tertinggi 16 bulannya dengan jangkaan Fed akan menaikan kadar untuk mengimbangi inflasi.

Nota penanda aras 10 tahun menokok pada harga untuk hasil 1.6393% manakala harga nota 2 tahun menyusut kepada hasil 0.647%.

Euro susut 0.42% sementara saham Eropah berakhir rendah buat 4 hari berturut-turut dengan saham Telecom Italia mendahului keuntungan walaupun kebimbangan terhadap kenaikan kes Covid-19 di Eropah terus membimbangkan dan prospek sekatan yang ketat akan menghalang pasaran dari bergerak lancar.

Pasaran komoditi, harga minyak mentah Brent jatuh 6 sen atau 0.07% pada $82.25 setong dan niaga hadapan minyak mentah AS susut 11 sen atau 0.14% pada $78.39.

Harga emas merosot ke paras terendah 3 minggu kerana data ekonomi AS yang kukuh menyokong kenaikan nilai dolar dan hasil perbendaharaan AS.

Spot emas jatuh 0.07% sementara niaga hadapan emas AS GCv1 kekal pada $1,784.30 per auns.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat