Saham Wall Street Jatuh Mendorong Saham Asia Dan Malaysia Dibuka Rendah

81

Saham Asia dibuka lemah pada awal sesi perdagangan pada hari Rabu didorong oleh penutupan saham Wall Street yang rendah.

Kalender data ekonomi yang dijadualkan pada minggu ini tidak memberi impak yang ketara. Para pelabur kini memberi tumpuan terhadap pungutan suara Senat berkenaan reformasi cukai US.

Wall Street jatuh pada penutupan pasaran pada hari Selasa berikutan kejatuhan saham Apple, secara tidak langsung mengheret sektor teknologi lebih rendah.

Saham Apple jatuh sebanyak 1.1% setelah Nomura Instine menurunkan paras pelaburan saham tersebut dariapda buy kepada neutral.

Berdasarkan laporan penganalisis, sektor teknologi merupakan sektor yang meningkat hampir 40% pada tahun 2017. Pelabur mungkin menggunakan kesempatan akhir tahun untuk ambil keuntungann akhir tahun.

Indeks Nikkei 225, Jepun bergerak naik 0.14% pada paras 22.899,47, setelah dibuka kukuh 0.12% yang didorong oleh kenaikan harga saham sektor perbankan dan perdagangan, serta teknologi.

Indeks Kospi, Korea Selatan dibuka lemah 0.04% berikutan kejatuhan harga saham automatif.

Indeks ASX 200 Australia dibuka rendah sebanyak 0.19%, dengan kebanyakkan saham berada di zon merah.

Bursa Malaysia juga dibuka lebih rendah pagi ini berikutan kejatuhan saham di Wall Street.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,736.54, daripada 1,736.95 penutupan hari Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat