Saksikan Lonjakan Luar Biasa Emas!

1,182

Emas melambung ke paras tertinggi 2 setengah bulan selepas bacaan inflasi Amerika Syarikat yang lebih rendah daripada jangkaan mendorong junaman mendadak US dolar.

Indeks harga pengguna (CPI) AS tanpa dijangka meningkat hanya 7.7% tahun ke tahun pada bulan Oktober, melebihi jangkaan untuk kenaikan 7.9% dan menurun daripada catatan sebelumnya 8.2% pada September.

Angka terbaru ini juga merupakan paras terendah pernah dicatatkan sejak Januari dan pelabur kini percaya bahawa inflasi di AS telah mencapai kemuncaknya pada bulan Jun, dengan rekod 9.1%.

Rentetan daripada itu, pelabur mengubah jangkaan bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula memperlahankan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat polisi seterusnya.

Ini dapat dilihat pada CME FedWatch Tool yang menunjukkan bahawa pelabur kini menjangkakan Fed akan menaikkan kadar sebanyak 50 mata asas pada Disember.

Ekoran daripada itu, US dolar menjunam parah manakala kebanyakan mata wang utama lain, termasuk logam berharga emas mencatat keuntungan besar.

Sebaik sahaja data dikeluarkan, emas melonjak sekitar 2.8% yang membawanya ke paras tertinggi harga $1,757 per auns, sebelum sedikit susut untuk didagangkan pada $1,748 per auns pada sesi Asia hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat