Saksikan Situasi Terkini Pasaran Menjelang Data NFP AS!

404

US dolar kekal didagangkan stabil pada sesi Eropah, ketika pasaran menuju penerbitan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar diniagakan sekitar harga 101.90 setelah bangkit dari paras terendah 9 bulan yang disentuhnya pada Khamis, 100.82.

Mata wang gergasi itu sebelum ini susut ketara ekoran kenyataan dovish yang ditawarkan oleh Federal Reserve (Fed) selepas menaikkan kadar yang lebih perlahan sebanyak 25 mata asas.

Dalam pada itu, dagangan euro sedikit meningkat sekitar harga 1.0930 berbanding USD selepas tergelincir rendah pada Khamis.

Mata wang itu gagal memanfaatkan komen hawkish Bank Pusat Eropah (ECB) yang memberi indikasi akan meneruskan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada mesyuarat bulan Mac.

Sementara itu, pound merosot ke paras terendah 2 minggu berbanding greenback apabila pelabur mentafsirkan kenyataan Bank of England (BOE) sebagai dovish, di mana kenaikan kadarnya mungkin akan ditamatkan tak lama lagi.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand terus berlegar pada sekitar harga yang sama setelah susut rendah ekoran kebangkitan US dolar pada sesi sebelum ini.

Dolar Kanada pula sedikit susut berbanding US dolar di tengah-tengah dagangan minyak mentah yang terus melemah.

Laporan pekerjaan NFP malam ini akan menutup tirai dagangan minggu ini yang mungkin mencetuskan pergerakan harga lebih agresif terutamanya US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat