Salah Satu Punca Kebocoran Duit Di China Terbongkar!

90

Financial News melaporkan pada hari Khamis bahawa China telah membongkar lebih 1 trillion yuan ($148 billion) transaksi haram pada tahun ini.

Memetik kenyataan Pengarah Kanan, Pentadbiran Pertukaran Wang Asing Negeri (SAFE) akan meningkatkan kawalan terhadap aliran keluar modal dan mengetatkan tindakan kepada bank-bank yang melalakukan penyelewengan. Langkah ini juga diambil bagi menggalakkan pertumbuhan sihat terhadap pasaran tukaran wang asing di China.

Setakat tahun ini sahaja, SAFE teleh membongkar aliaran wang haram yang bernilai kira-kira $8.43 billion dengan bantuan polis China. Selain itu, mereka berjaya menumpaskan 56 kes transaksi haram antara bank.

SAFE juga sebelum ini telah mendakwa 3 bank kerana gagal meletakkan syarat yang ketat kepada beberapa syarikat yang menjalankan aktiviti tukaran wang asing.

Awal bulan ini juga, Agensi Berita Xinhua telah membuat laporan polis mengenai sebuah bank yang menjalankan aktiviti perdagangan wang haram di selatan Guangdong, China.

Isu-isu seperti ini juga telah menyebabkan kejatuhan mendadak matawang Yuan berbanding US Dollar pada bulan ini sehingga mencecah paras terendah dalam tempoh 6 tahun terendah.

Pemilik Alibaba Ini Menjelaskan Cara Untuk Menilai Hidup Seseorang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat