Saling Menuduh, Coinbase Salahkan Tindakan Apple Sekat Transaksi NFT

282

Syarikat gergasi Apple didakwa oleh Coinbase atas pertuduhan menyekat para penggunanya daripada mengeluarkan koleksi non-fungible token (NFT) masing-masing melalui wallet terbarunya, Coinbase Wallet.

Namun, Apple menidakkan pertuduhan tersebut dengan mengatakan bahawa mereka yang ingin mengeluarkan NFT itu haruslah membayar yuran gas melalui sistem In-App purchase agar Apple dapat mengutip 30% daripada keuntungannya.

Balas Coinbase, kenyataan yang dikemukan Apple tersebut adalah tidak relevan sama sekali susulan sistem Apple’s proprietary in-app* dimaklumkan tidak menyokong kripto dalam melakukan sebarang pembelian.

*Sistem pembelian dalam Apple’s proprietary in-app “IAP” untuk pengedaran kandungan digital berbayar

Sementara pasukan yang membangunkan aplikasi tersebut pula menerangkan bahawa Apple wujudkan dasar protecting-policies yang menitikberatkan inovasi terhadap ekosistem kripto.

Rentetan itu, Coinbase Wallet berharap masalah yang tercetus itu hanyalah satu kesilapan semata-mata dan berhasrat pihaknya termasuk Apple dapat membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci.

Perbalahan antara Coinbase dan Apple bukan sahaja telah berlaku semasa saham syarikat exchanger kripto tersebut menyusut sehingga 80% pada tahun 2022, malah ketika Coinbase mengurangkan tenaga kerjanya.

Hal ini terjadi kerana syarikat tersebut ingin menjimatkan kos selepas pasaran kripto mengalami penurunan mendadak dan akibatkan para pelabur enggan membuat sebarang perdagangan dalam aset digital.

Dalam pada itu, pembangun aplikasi seperti Spotify dan pencipta “Fortnite” Epic Games turut menuduh Apple sebagai syarikat yang menyalahgunakan kuasanya bagi mengaut sejumlah keuntungan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat