Sampai Bila China Nak Berselindung?

1,598

China terus mempertahankan dakwaannya bahawa pusat tahanan di Xinjiang yang menempatkan etnik Muslim Uighur merupakan kem latihan vokasional dan pendidikan.

Menerusi dokumen putih yang dikeluarkan oleh China, ‘latihan vokasional’ itu berjaya meningkatkan peluang pekerjaan dan membasmi kemiskinan.

“Xinjiang telah membina tenaga kerja berskala besar yang inovatif, berkemahiran dan berpengetahuan yang memenuhi keperluan pada era baharu,” kata dokumen berkenaan.

Dakwa dokumen itu lagi, antara latihan yang diberikan termasuklah kelas penulisan dan pengucapan Mandarin, kemahiran buruh dan ‘pengetahuan tentang kehidupan urban’.

Wujud laporan bahawa penduduk daripada kawasan kampung telah memulakan perniagaan sendiri atau mendapat pekerjaan di kilang-kilang selepas menerima sokongan kerajaan.

China acapkali mendakwa latihan vokasional dan pendidikan di pusat tahanan itu amat penting bagi membendung aktiviti keganasan dan membasmi kemiskinan.

Bagaimanapun kumpulan-kumpulan hak asasi manusia berkata sekurang-kurangnya sejuta orang telah diseksa di pusat tahanan tersebut.

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini mengumumkan sekatan import terhadap beberapa produk yang dihasilkan di Xinjiang berikutan wujud dakwaan China menggunakan buruh paksa di wilayah itu.

Kelmarin, syarikat pakaian gergasi Sweden, H&M memutuskan kerjasama dengan pengeluar benang China dengan alasan yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat