Sang Beruang Tundukkan Si Kerbau! Ini Yang Pelabur Perlu Tahu

200

Kenikmatan ‘menghijau’ pasaran saham tempatan semalam dicemari prestasi lemah Wall Street pada pagi ini.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.38 mata pada 1,414.72 sebelum turun 1.20 mata pada 1,413.90 berbanding penutupan semalam pada 1,415.10.

Di pasaran meluas, kerugian pada 190 atasi keuntungan pada 181, manakala 243 kaunter pula tidak berubah, 1,699 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 218.68 juta unit bernilai RM117.78 juta.

Ulas nota Rakuten Trade Sdn Bhd, bursa tempatan dijangka berdagang lemah dengan kekurangan pemangkin baru serta impak ramalan lonjakan kadar di Amerika Syarikat (AS).

Atas faktor tersebut KLCI diramal berlegar dalam julat 1,395 ke 1,420 dengan saham teknologi mungkin menjadi pilihan penjualan.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.40, Tenaga Nasional Bhd (TNB) naik 4 sen pada RM8.18, Maybank dan Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM8.54 dan RM4.33, Petronas Chemicals Group Bhd susut 5 sen pada RM8.58 dan IHH Healthcare Bhd turun 7 sen pada RM6.03.

Saham aktif memperlihatkan Velesto Energy Bhd naik 0.5 sen pada 12 sen, Jaya Tiasa Holdings Bhd raih 4.5 sen pada 59.5 sen, Vinvest Capital Holdings Bhd kekal pada 20 sen dan Top Glove Corp Bhd turun 2 sen pada 70.5 sen sementara Careplus Group Bhd dan Supermax Corp Bhd jatuh 1 sen pada 39.5 sen dan 83.5 sen.

Di papan indeks, FBM Emas turun 1.32 mata pada 10,042.65, FBM 70 maju 16.71 mata pada 11,974.33, FBMT 100 turun 3.18 mata pada 9,787.54, FBM Emas Shariah jatuh 2.62 mata pada 10,042.32 dan FBM ACE susut 16.82 mata pada 4,708.13.

Segi sektor,  indeks Perkhidmatan Kewangan susut 7.40 mata pada 16,170.58, indeks Produk serta Perkhidmatan turun 0.83 mata pada 171.62, indeks Perladangan naik 52.32 mata pada 6,730.44 dan indeks Tenaga tambah 5.90 mata pada 669.34.

Sementara itu, ringgit masih didagangkan lemah berbanding dolar dengan pelabur menantikan tindakan susulan Federal Reserve (Fed) berkenaan pengetatan dasar.

Semasa pembukaan, mata wang tempatan diniagakan rendah 4.7250/7265 berbanding greenback daripada penutupan semalam pada 4.7180/7220.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat