Sangat Mengecewakan! Apa Dah Jadi Pada Matawang Eropah?

702

Greenback mengekalkan momentum pengukuhannya di paras ketinggian empat setengah tahun berbanding yen dan 16 bulan berbanding euro di tengah lonjakan hasil bon AS yang lebih tinggi.

Dengan pencalonan semula Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, pelabur meningkatkan keyakinan bahawa pengetatan akan dilakukan pada tahun depan.

Data pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang akan dikeluarkan pada sesi New York malam ini akan menjadi tumpuan utama pelabur untuk mengukur kesihatan ekonomi dan sebagai petunjuk kepada hala tuju dasar Fed seterusnya.

Selain itu, pelabur juga tertumpu pada laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada awal pagi Khamis.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar diniagakan lebih kukuh pada 96.55 pada sesi dagangan Asia.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, euro gagal mendapatkan keuntungan daripada data ekonomi yang lebih kukuh dengan kekal didagangkan suram berbanding USD yang kuat.

Aktiviti sektor perkilangan dan perkhidmatan meningkat pada bulan November, tetapi kesan ke atas matawang euro adalah terhad kerana peningkatan kes Covid-19 menimbulkan kebimbangan terhadap pertumbuhan pada masa akan datang.

Sementara matawang pound juga susut walaupun data ekonomi positif, kerana dikecewakan oleh Gabenor Bank Pusat England (BOE) Andrew Bailey yang tidak memberi petunjuk untuk perubahan polisi atau kadar faedah.

Di samping itu, Bailey turut mengatakan bahawa pasaran buruh di UK tidak meyakinkan, di mana ia secara tidak langsung menunjukkan bank pusat masih mahu kekalkan dasar monetari semasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat