Sangkaan Lonjakan Harga Meleset, EUR/USD Kembali Sambung Penurunan

629

US dolar kembali pamerkan pengukuhan semula di sesi dagangan New York semalam selepas bergerak lemah pada sesi sebelumnya.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD dilihat melonjak pada sesi Eropah semalam dengan faktor utama yang menyokong pengukuhan Euro adalah data sentimen ekonomi Jerman dan Eropah tinjauan oleh ZEW menunjukkan angka peningkatan yang ketara berbanding jangkaan menurun.

Namun kenaikan harga dilihat hanya menguji paras rintangan 1.18000 yang merupakan paras ketinggian harga pada dagangan Isnin, sebelum harga kembali membuat penurunan semula.

Penyusutan US dolar pada awalnya adalah didorong oleh sentimen risk-on pasaran berikutan laporan vaksin virus pertama di dunia yang didaftarkan oleh Rusia. Presiden Rusia, Vladimir Putin sendiri mendedahkan bahawa anak beliau telah menggunakan vaksin tersebut.

Namun US dolar kembali mengukuh semula susulan data indeks harga pengeluar AS yang diterbitkan mencatatkan angka yang meningkat dan hal tersebut turut memberi isyarat bahawa data inflasi AS yang akan diterbitkan pada malam ini turut meningkat.

Secara teknikal, pergerakan harga pada carta EUR/USD kembali bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan isyarat bearish trend.

Menjelang data inflasi AS, harga berkemungkinan akan terus membuat penurunan dengan jangkaan menuju zon tumpuan pada 1.16000.

Namun pelabur berwaspada dengan kebarangkalian untuk US dolar kembali lemah dengan perkembangan laporan penghasilan vaksin Coronavirus yang akan terus memulihkan keyakinan pelabur dalam pasaran.

Kenaikan harga berkemungkinan akan kembali menuju semula ke zon resistance pada ketinggian 1.19000 sebelum ini.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat