SARS-CoV-2 Lebih Banyak Bermutasi Berbanding X-Men

160

‘Cukup hari bulan virus tu semua tukar manusia jadi zombi pulak.’

Makin hari bumi yang didiami makin mencabar dengan SARS-CoV-2 (Covid-19) terus bermutasi untuk menjadi varian baru dengan kesan jangkitan lebih ekstrem.

Satu kajian makmal di Afrika Selatan mendapati sampel Covid-19 yang diambil dari individu berimunisasi lemah 6 bulan lalu mampu bermutasi seperti patogen, mencipta varian baru dengan kesan jangkitan lebih teruk dari Omicron.

Kajian dari makmal sama yang pertama kali temui varian Omicron, mendapati sampel virus tersebut bermutasi dalam tempoh 6 bulan sehingga menyebabkan tahap gabungan dan kematian sel serupa seperti Omicron BA.1.

Namun yang mengejutkan adalah apabila ia berkembang tahapnya meningkat menjadi serupa dengan versi pertama Covid-19 yang dikenal pasti di Wuhan, China.

Ulas Alex Sigel, ketua Africa Health Research Institute yang menjalankan kajian, patogen Covid-19 tersebut akan terus bermutasi dan mencipta varian baru dengan kesan lebih teruk atau kematian daripada rantaian Omicron lain.

Tambah beliau lagi bahawa patogen tersebut bermutasi pada individu berimuninasi lemah seperti pesakit HIV kerana keadaan antibodi yang lemah memberi lebih bayak ruang untuk bermutasi.

Dalam pada itu, konklusi kajian tersebut mengatakan varian Covid-19 pada masa depan akan bermutasi kepada jenis patogen berbanding bentuk semasa pada rantaian Omicron.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat