Satu Lagi Preview News FOMC: Ini Pendapat Penganalisis Pasaran Global

1,458

US dollar melemah pada sesi Asia hari Rabu dan mula menguat semula menjelang sesi New York. Seperti yang semua tahu, kadar faedah dijangka akan dikekalkan dalam penetapan polisi monetari The Fed kali ini.

Pagi nanti, pasaran akan fokus kepada komen Fed tentang inflasi dan kadar faedah sepanjang tahun ini. Hanya komen tentang perkara-perkara ini sahaja yang mampu menggerakkan US dollar lebih besar.

Sejak dua minggu lepas, kita telah melihat kenaikan Hasil-Bon 10-Tahun AS (US10-year yield) sehingga melepasi paras signifikan 3.0%. Ini disebabkan kebimbangan bahawa kerajaan meningkatkan penawaran (supply) bon kerajaan yang menyebabkan kadar faedah kepada bon semakin meningkat. Kenaikan Hasil-Bon adalah petunjuk yang dilihat oleh pasaran terhadap potensi kenaikan kadar faedah The Fed. Oleh itu, kenaikan Hasil-Bon dilihat akan menekan The Fed untuk menaikkan kadar faedah dengan lebih pantas, lebih-lebih lagi dengan kadar yang melepasi paras 3.0%.

Dalam soal kenaikan kadar faedah, penganalisis global berbeza pendapat tentang jumlah kenaikan kadar faedah. Ada yang menjangka hanya dua kali dan ada lebih daripada itu.

Setakat ini, pendapat majoriti adalah terdapat lagi dua kali kenaikan kadar faedah pada 2018. Jika The Fed pada pagi nanti memberikan isyarat yang lebih positif terhadap kenaikan kadar faedah, dijangka potensi kenaikan kadar faedah akan meningkat kepada tiga kali lagi pada tahun ini, sekaligus melonjakkan US dollar.

Berikut adalah pendapat beberapa penganalisis terkemuka dunia tentang news FOMC pagi nanti:

Kit Juckes, ketua strategist FX di Societe Generale

“Pagi nanti tiada sidang media dan unjuran terbaru ekonomi oleh FOMC, jadi tumpuan adalah kepada pengesahan bahawa kadar inflasi kini hampir dengan sasaran 2%. Ataupun mereka akan menaikkan kadar faedah, yang mana ia benar-benar akan menjadi satu kejutan. Atau sebaliknya tumpuan akan terarah kepada data NFP pada Jumaat.”

“Saya tak nampak kenapa US dollar patut terkesan kepada FOMC.”

Derek Helpenny, ketua penyelidik Eropah, MUFG

“Kami tak begitu yakin bahawa data inflasi akan memangkin kenaikan US dollar yang berterusan. Lonjakan oleh data PCE tidaklah mengejutkan dan telah dijangka oleh pasaran.”

Ben Randol, strategist FX di Bank of America Merril Lych

“Kami tak menjangka sebarang perubahan besar kepada kenyataan polisi. Dengan kenaikan inflasi-teras (core-inflation) baru-baru ini, kami rasa FOMC akan menyebut bahawa inflasi meningkat ke paras sasaran 2% walaupun ia masih bergerak di bawah sasaran itu.”

“US dollar telah mula membuat kenaikan seperti yang kita jangka. Kami rasa ini akan berterusan kerana fundamental memihak kepada USD.”

Untuk Preview pertama anda boleh klik sini.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat