Satu Sektor Dijangka Terima Limpahan Sokongan Pembelian

505

Bursa Malaysia meneruskan penurunan semalam sewaktu dibuka hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu.

Pada 9.39 pagi, indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah 4.62 mata kepada 1,560.14 daripada 1,564.76 sewaktu ditutup pada Rabu.

Bernama melaporkan, indeks itu dibuka 1.2 mata lebih tinggi pada 1,565.96.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 412 kepada 193, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,270 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan pada 916.28 juta unit bernilai RM396.26 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menerusi notanya berkata, Bank Dunia merendahkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia untuk 2021 di tengah-tengah pemulihan ekonomi yang lebih rendah daripada jangkaan, dagangan tidak banyak berubah dijangka berterusan di bursa tempatan kerana ketiadaan pemangkin baharu ekoran krisis ekonomi dan kesihatan awam yang sedang berlaku.

Tambah firma berkenaan, pelabur mungkin turut memerhatikan laporan kadar pertumbuhan KDNK AS bagi suku pertama 2021 serta keputusan kadar faedah Bank of England pada malam ini.

Mengikut komoditi, firma penyelidikan itu berkata, harga minyak telah meningkat melebihi AS$75 setong.

“Oleh itu, pelabur mungkin melihat minat dagangan terhadap kaunter minyak dan gas, manakala keyakinan dalam sektor plastik dan pembungkusan adalah dijangka berikutan keputusan kukuh Scientex,” jelasnya sambil memaklumkan prestasi Nasdaq yang memecahkan rekod, sokongan pembelian boleh memberi limpahan kepada saham teknologi di pasaran tempatan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan CIMB menambah satu sen masing-masing kepada RM4.20 dan RM4.61, manakala Maybank dan PetChem tidak berubah masing-masing pada RM8.20 and RM8.00.

Tenaga turun satu sen kepada RM9.20 and IHH jatuh enam sen kepada RM5.66.

Bagi saham aktif, MMAG naik satu sen kepada 17 sen, Fintec tidak berubah pada 3.5 sen, Serba Dinamik susut dua sen kepada 57.5 sen, manakala Global Oriental menokok 3.5 sen kepada 42.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 34.03 mata kepada 11,375.64, Indeks FBMT 100 susut 33.5 mata kepada 11,070.67, FBM ACE turun 38.53 mata kepada 7,461.06, Indeks FBM Emas Syariah jatuh 55.86 mata kepada 12,446.35, dan FBM 70 berkurangan 47.62 mata kepada 14,740.7.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.26 mata kepada 15,273.04, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.93 mata kepada 188.2, dan Indeks Perladangan turun 9.36 mata kepada 6,519.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat