Saudi Aramco Singkirkan Microsoft, Jadi Syarikat Kedua Terbesar Dunia!

316

Gergasi minyak Saudi Aramco telah menyingkirkan Microsoft untuk menjadi syarikat kedua terbesar di dunia selepas Apple dengan nilai pasaran berjumlah $2.11 trilion.

Perubahan kedudukan ini berlaku selepas saham Aramco melonjak susulan laporan bahawa Putera Mohammed bin Salman memindahkan 4% saham syarikat itu kepada entiti yang dimiliki oleh dana kekayaan kerajaan Arab Saudi.

Ia dibuat sebagai usaha untuk mengukuhkan kedudukan kewangan dana kekayaan negara dan penarafan kreditnya, menurut kenyataan rasmi pada pertengahan April lalu.

Aramco telah melaporkan keuntungan bersih sebanyak $161.1 bilion pada 2022, meningkat daripada $110 bilion setahun sebelumnya selepas meraih manfaat daripada harga minyak yang lebih tinggi ekoran perang Rusia dan Ukraine.

Rekod itu juga menjadikan Aramco sebagai syarikat paling menguntungkan di dunia pada tahun lepas, mendahului Apple dan syarikat berteknologi besar (big Tech) yang lain.

Bukan itu sahaja, malah ia juga dikatakan meraih keuntungan sebenar lebih tinggi daripada gabungan keuntungan Apple, Exxon dan Microsoft pada tahun lalu, menurut Middle East Monitor.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat