SBF Tuduh ‘Ex-Girlfriend’ Dalang Di Sebalik Keruntuhan FTX!

185

“Sebab tak nak mengaku bersalah, teman wanitanya pula yang kena tuduh. Haih semua lelaki sama je.”

Sam Bankman-Fried (SBF), pengasas bursa mata wang kripto FTX yang sudah menghadapi kebankrapan telah bersedia dengan strategi pertahanannya untuk percubaan (trial) beliau yang bakal berlangsung pada 3 Oktober 2023.

Pada awal minggu ini, SBF yang didakwa menipu mengenai kejatuhan FTX itu telah berkongsi 250 halaman esei tentang justifikasi diri dan refleksi ketika keruntuhan bursa kripto tersebut berlaku.

Melalui dokumen dilihat oleh The New York Times, keadaan pemikiran kompleks SBF semasa penahanan rumahnya selama lapan bulan telah memberikan butiran baharu tentang langkah mungkin dilakukan beliau ketika pembelaan undang-undangnya nanti.

SBF telah menuduh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Alameda bernama Caroline Ellison yang juga merupakan bekas teman wanitanya sebagai punca FTX menyaksikan kejatuhan dalam sekelip mata susulan gagal melaksanakan strategi perdagangan mencukupi.

Selain Ellison turut didakwa mengelak daripada mempunyai perbincangan mengenai pengurusan risiko untuk FTX, SBF juga menuduh firma guaman menyelia kebankrapan FTX iaitu Sullivan & Cromwell mereka-reka cerita bahawa beliau menyalahgunakan dana pengguna.

Memang tidak dinafikan SBF mungkin dipenjara selama berdekad-dekad jika disabitkan bersalah, tetapi beliau yang tetap mengaku tidak bersalah akan dibenarkan ikat jamin $250 juta dan diletakkan di tahanan rumah di Palo Alto, California iaitu tempat tinggal ibu bapanya.

Namun, ikat jamin SBF telah dibatalkan pada Ogos 2023 atas dakwaan pengubahan saksi ditambah pula FTX pada minggu ini bertindak menyaman ibu bapa beliau, kemudian meminta mahkamah menarik balik dana yang diambil oleh mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat