Scam $4 Bilion! Co-Founder OneCoin Dihukum Penjara 60 Tahun!

271

Inilah padahnya kalau kerja menipu orang, nasib baik tak kena penjara 612,00 tahun macam CEO FTX tu.”

Karl Sebastian Greenwood, co-founder skim penipuan mata wang kripto berbilion dolar OneCoin dikenakan hukuman penjara 60 tahun selepas mengaku bersalah terhadap semua dakwaan yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS).

Dilaporkan bahawa Greenwood telah mengaku bersalah di mahkamah persekutuan Manhattan pada 16 Disember atas kesalahan penipuan transaksi dan aktiviti pengubahan wang haram.

Ulas peguam AS Damian Williams, Greenwood merupakan antara individu yang telah melakukan skim penipuan antarabangsa terbesar dengan meyakinkan para pelabur untuk membeli sejumlah aset digital itu walaupun hakikatnya ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Umumnya, OneCoin merupakan sebuah syarikat Bulgaria yang diasaskan oleh Greenwood dan “Cryptoqueen” Ruja Ignatova yang berfungsi sebagai pemasaran mata wang kripto dengan nama serupa.

Diperjelaskan lagi, pelanggan dibenarkan untuk melombong (mining) dan memperoleh komisen jika dapat menjual pakej kripto yang mengandungi OneCoin itu, tetapi perlu diingatkan OneCoin hanya dapat ditukar ke fiat di bursa Xcoinx persendirian.

Namun, perkara berikut adalah skim Ponzi susulan para pelabur dibenarkan merekrut individu lain menyertai skim itu tanpa produk sebenar dan mendapat bayarannya melalui wang pelabur terdahulu.

Menurut DOJ, penipuan tersebut telah memberi sejumlah keuntungan kepada Greenwood sebanyak $21.2 juta sementara tiga juta individu pula menerima nasib berbeza susulan rugi sebanyak $4 bilion selepas melabur dalam pakej OneCoin itu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa akan sedaya upaya mencari individu-individu yang terlibat dengan OneCoin dan Ignatova agar mereka dikenakan hukuman setimpal kerana melakukan penipuan serta pengubahan wang haram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat