SCGM ‘Mengganas’, Harga Sasaran Saham Diramal Tinggi

539

Syarikat pengeluar produk pembungkusan makanan dan pelitup muka, SCGM Bhd menyaksikan nilai dagangan sahamnya meningkat sejak semalam selepas para pelabur menantikan pengumuman laporan kewangan untuk suku pertama firma berkenaan.

Laporan kewangan SCGM untuk suku pertama yang berakhir 30 April lalu dilihat kukuh selepas syarikat terbabit melaporkan keuntungan bersihnya meningkat lebih tiga kali ganda berbanding tahun sebelumnya dan mengisytiharkan dividen untuk pemegang saham.

Semalam, nilai dagangan saham SCGM berakhir pada 16.59 juta saham.

Hari ini, nilai berkenaan mencecah 16.21 juta unit di Bursa Malaysia pada waktu tengah hari tadi. Harga saham SCGM bagaimanapun menyusut sebanyak 26 sen di paras RM3.33, sekali gus menjadikan nilai pasarannya kepada RM653.09 juta.

Syarikat itu merekodkan lonjakan keuntungan pada suku pertama tahun ini kepada RM8.27 juta daripada RM2.2 juta pada tahun sebelumnya manakala jumlah pendapatannya meningkat kepada RM57.22 juta daripada RM55.66 juta.

SCGM juga mengumumkan dividen sebanyak 1.7 sen per saham.

Menurut penganalisis Kenangan Investment Bank Bhd, Marie Vaz, pendapatan bersih utama (CNP) SCGM sebanyak RM9.4 juta adalah dalam lingkungan jangkaan firma tersebut iaitu 30% daripada jangkaan sepanjang tahun sebanyak RM31.4 juta.

Tambah Vaz, pihaknya mengekalkan ‘market perform call’ untuk saham SCGM tetapi meningkatkan harga sasaran sahamnya kepada RM3.85 daripada RM3.45 sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat