Scientex ‘Menggila’ di Bursa Malaysia!

7,230

Saham syarikat Scientex Bhd melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa kepada RM10.38 pagi ini selepas syarikat berkenaan mengeluarkan laporan keuntungan tahunan tertinggi bagi tahun kewangannya berakhir 31 Julai 2020 (FY20).

Kaunter saham Scientex dibuka tinggi pada RM9.90 dan terus meningkat kepada RM10.38 sebelum ia menyusut sedikit ke paras RM10.08 ketika rehat tengah hari.

Saham Scientex merupakan saham paling untung di Bursa Malaysia pagi ini. Sesetengah sahamnya berjumlah 1.05 juta telah didagangkan.

Jumaat lalu, syarikat itu memaklumkan telah merekod keuntungan bagi FY20 sebanyak 17% kepada RM390.11 juta berbanding RM333.7 juta sewaktu FY19. Pendapatan tahun ke tahun Scientex meningkat sebanyak 8% kepada RM3.52 bilion daripada RM3.25 bilion.

Pendapatan per saham juga meningkat kepada 75.66 sen daripada 66.66 sen tahun lalu.

Segmen penghasilan produk dan pembangunan hartanah menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan pendapatan Scientex.

Dalam pada itu, Scientex juga mengumumkan dividen akhir sebanyak 13 sen per saham yang akan dibayar pada 13 Januari 2021, tiga sen lebih banyak berbanding dividen 10 sen yang diumumkan pada suku yang sama tahun lalu, sekali gus meningkatkan pembayaran dividen FY20 kepada 23 sen berbanding 20 sen pada FY19.

Sementara itu, Kenanga Research mengekalkan unjuran ‘market perform’ kepada RM9.50 dengan harga sasaran bernilai RM10 dan menyatakan pendapatan utama Scientex pada FY20 sebanyak RM407.5 juta menjangkaui ramalan mereka sebanyak lebih 116%.

Tambah Kenanga, dividen Scientex sebanyak 23 sen bagi FY20 juga melebihi apa yang mereka jangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat