Scotland Mahu Terus Mengakses Pasaran Tunggal Kesatuan Eropah

52

Scotland mahu terus berada dalam pasaran tunggal Kesatuan Eropah selepas United Kingdom,UK meninggalkan blok itu. Scotland juga mahu  lebih kuasa untuk melindungi kepentingannya di Kesatuan Eropah. Hal ini dinyatakan oleh kerajaan Scotland yang pro-kebebasan pada Selasa.

Menteri pertama (First Minister) Nicola Sturgeon mengatakan, “Kami begitu yakin mahu mengekalkan kedudukan Scotland pada masa ini di dalam pasaran tunggal Eropah”.

Sturgeon mengatakan pilihan untuk kemerdekaan yang mana Scotland telah tolak pada 2014 hendaklah terus dibincangkan dan beliau mahu Scotland terus menjadi ahli penuh Kesatuan Eropah (European Union).

“Pilihan untuk merdeka hendaklah terus dibincangkan,” Sturgeon mengatakan dalam ucapannya tentang Brexit. Beliau juga menegaskan, “Brexit adalah masalah yang bukan disebabkan oleh Scotland”.

Beliau menambah bahawa Scotland memerlukan kajian semula asas-asas ‘devolution settlement‘  dan kuasa ke atas imigarasi adalah sengat penting untuk melindungi kepentingan Scotland.

Devolution settlement’ ialah pemindahan kuasa ke tahap yang lebih rendah, terutamanya oleh kerajaan pusat (UK) kepada pentadbiran tempatan (Scotland).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat