Sebab Data CPI AS, Harga Bitcoin Menjunam Ke Paras $20,000!

196

Bitcoin (BTC) dan semua aset berisiko lain tunduk kepada kesan makroeknomi susulan kenaikan inflasi yang berlaku.

Menurut pelabur Tyler Winklevoss, pengasas Winklevoss Capital Management dan pertukaran mata wang kripto Gemini, harga pasaran BTC serta aset digital lain jatuh disebabkan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan semalam untuk bacaan terbaru bagi bulan Ogos.

Sebagai rekod, kadar inflasi menurun daripada 8.5% pada bulan Julai kepada 8.3% pada Ogos, namun gagal untuk mencapai ramalan 8.1% sekaligus mengundang reaksi menarik terhadap pasaran kripto selepas menyaksikan lonjakan drastik pada mata wang US dolar.

Oleh kerana kadar inflasi menunjukkan nilai lebih buruk daripada jangkaan, rali pasaran mata wang kripto sebelum ini termasuklah BTC, telah kehilangan momentumnya.

Dalam pada itu, pedagang kripto sebelum ini menjangkakan harga BTC, Ethereum (ETH) dan altcoin akan mencanak naik jika Federal Reserve menaikkan faedah menjadi 0.75 mata asas, tetapi sebaliknya berlaku.

Hal ini kerana, BTC bukan sahaja turun sebanyak 6.25% dalam tempoh 24 jam lalu selepas mengekalkan kedudukannya pada paras harga $20,000, malah kejatuhan tersebut menghilangkan sebahagian besar keuntungan yang dikumpulnya semasa corak bullish minggu lalu

Manakala, harga ETH turun 7.29% kepada $1,590 termasuklah majoriti mata wang kripto dalam 100 teratas mengalami kerugian peratusan satu hingga dua digit.

Terang Winklevoss, Anthony Scaramucci dari SkyBridge Capital menyatakan bahawa BTC tidak cukup kuat lagi untuk terselamat dari inflasi, walaupun sebelum ini beliau yakin BTC sebagai aset lindung nilai inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat