Sebab Fed, BOJ Akan Ubah Dasar Monetari?

219

Penggubal dasar Bank Pusat Jepun (BOJ), Hitoshi Suzuki memberitahu bahawa mereka mungkin menamatkan program rangsangan pandemiknya pada bulan Mac berikutan keadaan pembiayaan korporat telah bertambah baik dengan ketara daripada masalah tunai yang dialaminya sejak tahun lepas disebabkan Covid-19.

Walaupun begitu, nasib program tersebut akan bergantung kepada bagaimana penyebaran varian coronavirus Omicron memberi kesan kepada ekonomi.

Bank pusat dijangka akan membincangkan perkara tersebut pada mesyuarat polisi pada bulan ini, sama ada akan melanjutkan tarikh akhir Mac 2022 atau menamatkannya.

Walaupun Suzuki masih tidak pasti mengenai nasib program tersebut, tetapi beliau menegaskan bahawa banyak syarikat telah memperlihatkan keadaan pembiayaan bertambah baik yang sebahagiannya disokong oleh rangsangan besar kerajaan dan bank pusat.

Di bawah program tersebut, BOJ telah meningkatkan pembelian bon korporat dan kertas komersil untuk membantu firma besar mendapatkan dana. Ia juga mempunyai program berasingan yang bertujuan untuk menyalurkan dana kepada syarikat kercil emlalui institusi kewangan.

Tambahnya lagi, keputusan Federal Reserve (Fed) AS untuk mempercepatkan pengurangan pembelian asetnya mungkin memaksa BOJ mengubah dasar kewangan dan menaikkan kadar faedah lebih cepat daripada yang dirancang.

Kenyataan ini sepatutnya dilihat sebagai positif untuk yen, tetapi mata wang ninja itu gagal mempamerkan reaksi sepatutnya dengan diniagakan sedikit susut berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat