Sebab Federal Reserve Rupanya, USD Naik

484

Dolar Amerika bergelut untuk mengekalkan keuntungan yang diraih akhir minggu lalu setelah disokong oleh bacaan data AS yang kukuh dan kemungkinan bahawa Federal Reserve (Fed) bersedia untuk mengurangkan rangsangannya.

Berbanding sekumpulan matawang utama, indeks dolar didagangkan positif di sekitar paras terendah 3 bulan pada 90.05 pada pembukaan sesi Asia.

Antara faktor utama yang menyokong peningkatan matawang US dolar adalah bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan yang jauh lebih baik daripada dijangkakan pada bulan April.

Selain data dari AS, pasaran juga diperlihatkan dengan pembacaan daripada Zon Eropah, UK dan Australia. Namun, disebabkan bacaan yang diterbitkan bercampur-campur, dan angka yang dicatatkan Amerika lebih baik, menyebabkan matawang US dolar lebih menarik.

Selain itu, US dolar turut meningkat susulan kenyataan beberapa pembuat dasar Fed yang mencadangkan perbincangan lebih cepat mengenai pengurangan (tapering) dalam pelonggaran kuantitatifnya di tengah-tengah inflasi yang meningkat.

Pada hari Jumaat, Presiden Fed Atlanta, Raphael Bostic menyatakan kebimbangan beliau mengenai inflasi yang semakin kuat, sementara Philadelphia Fed, Patrick Harker mengatakan bahawa bank pusat perlu mula membincangkan pengetatan.

Sementara Presiden Fed Dallas, Robert Kaplan pula mengulangi kenyataan bahawa beliau melihat banyak ketidakpastian mengenai inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat