Sebab Ini Harga Minyak Terhindar Dari Jatuh Lebih Rendah

387

Harga minyak didagangkan stabil ketika kebimbangan pasaran terhadap gelombang ketiga Covid-19 di Eropah mengimbangi bebanan risiko bekalan dari perdagangan minyak mentah global disebabkan kapal kontena gergasi yang masih lagi tersadai di Terusan Suez.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 50 sen kepada $62.45 setong, sementara WTI Amerika Syarikat menokok 60 sen kepada $59.16 setong pada sesi Asia hari ini.

Dagangan minyak mentah telah berada di bawah tekanan sejak hari Khamis lalu, di mana ia telah merosot 7% disebabkan kebimbangan terhadap pandemik di Eropah yang akan mengganggu pemulihan pasaran minyak.

Namun begitu, komoditi hitam itu kembali meraih sokongan daripada insiden kapal MV Ever Green yang tersekat di tengah-tengah laluan Terusan Suez sehingga menghalang trafik kepada lebih 100 kapal yang membawa segala jenis barangan dari minyak ke barang-barang pengguna lain.

Terusan Suez adalah antara laluan perdagangan paling penting di dunia dan menyediakan laluan untuk 10% daripada keseluruhan perdagangan maritim antarabangsa, di mana 19,000 kapal menggunakan laluan itu sepanjang tahun lalu serta membawa kargo lebih satu bilion tan.

Sementara itu, keyakinan yang meningkat terhadap pemulihan ekonomi di Amerika Syarikat juga menyokong harga minyak daripada susut lebih rendah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat