Sebab Ini Pergerakan Emas Lebih Berhati-hati

1,109

Logam kuning emas terus didagangkan menguat ketika pasaran terus melepaskan pegangan terhadap US dolar menjelang penghujung minggu.

Bagaimanapun, pergerakan harga emas dilihat agak terbatas menjelang penerbitan data ekonomi dari Eropah dan Amerika Syarikat hari ini.

Berikutan jangkaan bahawa aktiviti ekonomi akan terus menunjukkan peningkatan yang lebih kuat, para pelabur mengambil langkah berhati-hati untuk meletakkan posisi pada dagangan emas.

Namun, emas masih menguat di sekitar paras tertinggi tiga bulan, dengan keyakinan Federal Reserve (Fed) akan terus mengekalkan dasar monetari yang longgar walaupun berdepan dengan tekanan inflasi.

Laporan minit mesyuarat FOMC sebelum ini mengejutkan pasaran, di mana terdapat beberapa pembuat dasar bersedia untuk memulakan pengurangan (tapering) dalam pembelian asetnya.

Walaupun begitu, para pembuat dasar turut mengatakan bahawa pemulihan ekonomi masih jauh dari sasaran , jadi mereka akan terus kekal dengan dasar semasa.

Pada permulaan sesi Eropah, emas sedikit susut di sekitar $1,876 per auns, tetapi harga telah meningkat sebanyak 1.6% pada minggu ini berikutan kelemahan US dolar.

Dolar greenback terus menyusut lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama, sementara hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga tidak berubah di sekitar tahap 1.62%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat