Sebab Inilah Harga Emas Terus Naik!

2,342

Harga emas melanjutkan kenaikan lebih tinggi menghampiri paras harga $1,800 per auns ketika dagangan US dolar dan hasil perbendaharaan AS yang lemah mendorong daya tarikan terhadap logam kuning itu.

Pada sesi Asia, emas diperdagangkan di sekitar harga $1,795 per auns, iaitu di tahap tertinggi lapan minggu.

Hasil bon AS 10 tahun terus menyusut pada 1.53%, dan turut mengheret dolar greenback lebih rendah berbanding kebanyakan matawang utama.

Sementara itu, kebimbangan terhadap gelombang ketiga yang lebih kuat di beberapa negara, juga memberi sokongan tambahan buat dagangan safe-haven emas.

Peningkatan mendadak kes di India menjadi kebimbangan baru pasaran buat masa ini, yang mana lebih 200,000 kes telah direkodkan setiap hari dalam tempoh satu minggu.

India kini mempunyai jumlah kes kedua tertinggi selepas Amerika Syarikat dengan catatan 15.6 juta dan merupakan yang keempat di dunia dengan jumlah kematian yang tinggi sebanyak 182, 553 kematian.

Bagaimanapun, keputusan Bank Pusat Kanada (BOC) untuk mula mengetatkan dasarnya dengan mengurangkan pembelian bon, dilihat mempengaruhi dagangan emas daripada meningkat lebih tinggi.

Keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada malam ini akan menjadi tumpuan pasaran, sama ada bank pusat akan mengambil keputusan yang sama dengan BOC.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat