Sebab Negara Barat, Krisis Makanan Global Meningkat – Rusia

1,049

Ketika pencerobohan ke atas Ukraine memasuki hari ke-83, negara-negara Barat terus menghukum Rusia akibat tindakannya dengan mengenakan sekatan ketat ke atas sektor kewangan dan ekonomi.

Namun, impaknya bukan sahaja dirasai oleh Moscow tetapi juga seluruh dunia terutamanya yang bergantung kepada eksport dari Rusia dan Ukraine sehingga mencetuskan kebimbangan terhadap krisis makanan global.

Pada hari Isnin, Kementerian Luar Rusia memberi amaran bahawa usaha negara Barat untuk menyekat Moscow boleh meningkatkan masalah kekurangan makanan global.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman web Kementerian Luar Rusia, ia mengatakan bahawa tindakan unilateral negara Barat, terutamanya daripada kumpulan negara G7 telah memburukkan lagi masalah rantaian logistik dan kewangan atau bekalan makanan ke pasaran dunia.

Sebelum perang berlaku, Ukraine dan Rusia menyumbang kira-kira 29% daripada pengeluaran gandum untuk pasaran dunia.

Bagaimanapun, pengeluaran dari Ukraine terbantut selepas Moscow melancarkan pencerobohan pada 24 Februari lalu, menyebabkan penganalisis mengunjurkan akan berlaku penurunan sekurang-kurangnya 35% pada tahun ini berbanding 2021 dalam pengeluaran gandum di negara itu.

Dalam pada itu, Kyiv turut menggantung eksport bijirin ruji untuk mengekalkan bekalan makanannya sendiri.

Kenyataan dari Moscow itu dibuat sehari selepas pemimpin G7 memberi amaran bahawa konflik Rusia yang semakin meruncing telah mencetuskan ancaman terhadap ekonomi untuk melemah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat