Sebab Saham Ini, Indeks Global Melonjak Tinggi

309

S&P 500 dan Nasdaq Composite ditutup tinggi pada Khamis yang dipacu oleh berita pendapatan korporat yang memberangsangkan oleh syarikat-syarikat besar termasuk Nvidia sementara mata wang pula Lira Turki jatuh mendadak.

Saham Nvidia, syarikat teknologi Amerika Syarikat (AS), yang melantun tinggi telah menyokong S&P 500 dan Nasdaq untuk ditutup tinggi berikutan pendapatan korporatnya mengatasi anggaran suku tahunan dan jangkaan hasil suku keempatnya yang kukuh. Selain itu, saham Macy, syarikat peruncitan AS, turut melonjak 21.2% selepas meningkatkan unjuran terhadap pendapatannya yang tinggi.

Namun, saham Cisco System, syarikat perkakasan rangkaian AS, jatuh 5.5% sehari selepas ia meramalkan pendapatan suku semasanya berada di bawah jangkaan disebabkan oleh kekurangan dan kelewatan rantaian bekalan.

Indeks Dow Jones Industrial jatuh 0.17%, sementara S&P 500 meningkat 0.43% dan Nasdaq Composite bertambah 0.45%.

Indeks STOXX 600 susut 0.46% manakala indeks MSCI yang menjejaki saham seluruh dunia naik 0.03%.

Dalam pada itu, mata wang Lira Turki menjunam 2.83% selepas bank pusatnya memotong kadar 100 mata asas kepada 15% walaupun ia kini menghadapi tekanan inflasi yang tinggi hampir 20%.

Indeks dolar yang mengukur sejumlah 6 mata wang lain turun 0.3%.

Hasil perbendaharaan AS jatuh selepas kejayaan relatif lelongan bon 20 tahunnya pada Rabu telah mengurangkan kebimbangan mengenai peningkatan kadar hasil yang pantas.

Penanda aras 10 tahun meningkat pada 1.587% daripada 1.415% yang dicatat minggu lalu dan berada di bawah paras tertinggi 5 bulanya sebanyak 1.705% yang dicapai pada 21 Oktober.

Harga minyak meningkat selepas mencatat kejatuhan terendah 6 minggu.

Harga minyak mentah Brent naik 96 sen atau 1.2% pada $81.24 setong sementara harga minyak mentah U.C West Texas Intermediate tambah 65 sen atau 0.8% pada $79.01.

Niaga hadapan emas susut 0.5% pada $1,861.40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat