Sebab The Sandbox (SAND), Request Network (REQ) ‘Melompat’ Hampir 400% Sehari

1,030

Apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan The Sandbox, pasti akan menyaksikan keuntungan yang luar biasa.

Dalam perkembangan terbaru, Request Finance menyambut kehadiran The Sandbox sebagai rakan kongsi pada awal minggu ini.

The Sandbox akan memanfaatkan aplikasi pengurusan kewangan, Request Invoicing bagi pengurusan invois kripto-fiat, pembayaran gaji, dan fungsi bookkeeping atau dikenali sebagai rekod transaksi kewangan.

Tambahan lagi The Sandbox turut menggunakan Request Invoicing untuk menyelaraskan pembayarannya di dalam token natifnya, SAND.

Request Finance menawarkan ciri pengurusan invois dalam kadar masa yang pantas dan murah dan inilah sebabnya mengapa CEO The Sandbox, Sebastien Borget memilih platform ini:

“Request lebih mudah dan boleh membayar kesemua invois dalam masa yang sama. Ia lebih pantas dan membantu kami mengurangkan tempoh pembayaran sehingga 90% setiap bulan.”

Tidak hairanlah mengapa harga token natif Request Network, REQ mencatatkan lonjakan yang positif setelah pergerakan yang mendatar sejak Ogos 2021.

Semalam REQ melonjak 386% dari paras harga terendah harian, $0.2 kepada paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $0.98. Bagaimanapun ketika penulisan, aset ini susut 11.31% dalam 24 jam, didagangkan pada $0.69.

Manakala SAND turut pancarkan lonjakan yang luar biasa, menyentuh ATH, $8.5 semalam sebelum susut kepada $7.16 ketika artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat