Sebab USD, Emas Berjaya Naik Semula!

721

Walaupun pegangan terhadap safe-haven dilepaskan, tetapi emas berjaya menarik sokongan daripada US dolar yang lemah untuk kembali meningkat daripada kejatuhannya sebelum ini.

Bagaimanapun, kebimbangan mengenai krisis perbankan global yang mereda mengehadkan keuntungan dicatatkan aset safe-haven itu.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diperdagangkan pada sekitar harga $1,970 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit berubah pada $1,972 per auns.

Safe-haven emas sebelum ini tergelincir lebih rendah berikutan kebimbangan krisis perbankan global yang mereda mendorong pelabur beralih ke aset berisiko.

Namun demikian, disebabkan dagangan US dolar yang turut melemah, pelabur mencari peluang untuk mendapatkan emas dan memacu harganya untuk meningkat semula.

Data keyakinan pengguna Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada sesi New York sebelum ini tampaknya gagal menyokong US dolar untuk meningkat, dan ini memberi peluang untuk emas terus mengukuh.

Tumpuan pasaran kini beralih kepada terbitan bacaan akhir data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS pada hari Khamis.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat