Sebelum Masuk Posisi Hari Ini, Jom Baca Sini Dulu

890

Pasaran menyambut baik berita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang telah menandatangani rang undang-undang rangsangan coronavirus $900 bilion dan dana kerajaan menjadi undang-undang pada hari ini.

Tiga hari lalu, Trump telah menimbulkan panik buat Washington selepas memberikan isyarat tidak akan menandatangani dan mencadangkan mungkin memveto rang undang-undang tersebut.

Berita terbaru mengenai pakej rangsangan coronavirus pagi ini, membawa kelegaan buat pasaran dengan memperlihatkan dagangan matawang utama meningkat lebih tinggi pada sesi Asia.

Dolar Aussie dan dolar New Zealand meningkat lebih tinggi dengan didagangkan menguat di sekitar paras ketinggian 2 setengah tahun berbanding US dolar.

Dagangan matawang euro turut memanfaatkan peluang pengukuhan berikutan kemerosotan dolar greenback susulan laporan mengenai pakej rangsangan AS.

Sementara itu, UK dan Kesatuan Eropah (EU) akhirnya berjaya mencapai kata sepakat dalam rundingan perdagangan Brexit pada hari Khamis, sekali gus membuka jalan untuk Britain meninggalkan blok itu dengan perjanjian.

Matawang pound yang pada mulanya meningkat, susut sedikit selepas pengumuman bahawa perjanjian telah dicapai. Ini mungkin dipengaruhi oleh reaksi ‘buy the rumor, sell the fact’ oleh para pelabur.

Bagaimanapun, pound sterling masih menguat di sekitar paras harga 1.354000 berbanding USD pada sesi Asia hari ini.

Di sisi lain, dolar Kanada juga mengukuh di paras tertinggi 2 tahun berbanding US dolar, disokong oleh sentimen pasaran yang positif dan pengukuhan harga minyak mentah dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat