Sebelum Mula Trade, Lihat Dulu Perkembangan Matawang Pada Sesi Asia

656

US dolar mencari sokongan untuk meningkat pada sesi Asia setelah mempamerkan prestasi menyuramkan pada sesi dagangan Isnin, dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data PMI perkhidmatan AS malam ini.

Ketika penulisan, indeks dolar sedikit menokok sekitar harga 93.93 berbanding sekumpulan matawang utama.

Bacaan laporan pekerjaan NFP AS dijangka menunjukkan peningkatan dengan ramalan 490,000 pekerjaan akan ditambah pada September. Data PMI perkhidmatan pada malam ini akan dijadikan petunjuk terlebih dulu oleh pelabur untuk NFP yang bakal diterbitkan.

Sementara indeks global pula didagangkan merah ketika para pelabur terus memerhatikan perkembangan mengenai isu Evergrande yang telah meminta untuk menghentikan perdagangan ke atas sahamnya di Hong Kong sementara menunggu pengumuman mengenai transaksi besar.

Ini menyebabkan dagangan matawang utama kembali suram pada sesi Asia, di mana dolar Aussie mendahului penurunan ketika pelabur turut menantikan keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) sebentar lagi.

Matawang utama sebelum ini meraih pengukuhan susulan penyusutan yang dicatatkan greenback ke paras terendah hampir satu minggu.

Euro bertahan di atas harga 1.1600 berbanding USD, sedikit susut dari paras tertinggi minggu ini yang dicapainya pada sesi sebelum ini pada 1.6392.

Pound pula kekal stabil dengan meningkat lebih tinggi pada sesi New York. Namun, tekanan daripada kenaikan harga gas dan isu Brexit yang belum selesai membataskan pergerakan matawang itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat