Sebelum Naik Roller Coaster GBP, Ini Yang Trader Perlu Tahu

1,261

Tumpuan utama sesi Eropah kini terarah kepada mesyuarat polisi Bank of England (BOE) yang dijangka akan mengekalkan kadar faedah pada 0.10% dan program pembelian bon bernilai £895 bilion tidak berubah.

Namun, pada masa yang sama, terdapat jangkaan perubahan oleh penganalisis mengenai pengetatan dasar monetari susulan daripada kemajuan yang dicapai dalam kempen vaksinasi dan ekonomi juga menunjukkan peningkatan.

BOE telah melakukan pembelian kira-kira £4.4 bilion bon kerajaan setiap minggu yang akan menyaksikan program ini mencapai sasaran keseluruhan pada awal November.

Penganalisis meramalkan para pembuat dasar BOE akan mengumumkan untuk memperlahankan kadar pembelian supaya program ini dapat berjalan sehingga akhir tahun dan bukannya berakhir secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, di sisi lain terdapat juga penganalisis yang tidak mengharapkan perubahan dan akan melihat sidang media Gabenor Andrew Bailey dan minit mesyuarat untuk mendapatkan petunjuk bila BOE mungkin bertindak.

Dalam pada itu, pasaran juga menjangkakan bank pusat akan meningkatkan unjuran ekonomi UK kepada lebih 7% pada tahun ini, yang disokong oleh program vaksinasi Covid-19 yang cepat.

Dengan lebih separuh penduduk telah divaksin, dan ditambah pula dengan pemulihan yang kuat di AS serta pembukaan semula sekatan di negara-negara kawasan euro, pandangan untuk ekonomi UK lebih jelas dan cerah berbanding prospek yang dilihat pada Februari ketika ramalan terakhir BOE dikeluarkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat