Sebelum Teruskan Analisa Chart, Trader EU, UJ dan GU Perlu Baca Update Ini!

172

Dollar jatuh lebih rendah berbanding matawang utama yang lain pada Jumaat berikutan harapan kenaikan kadar Amerika Syarikat terus memberi tekanan kepada matawang gergasi ini.

EUR/USD meningkat 0.20% kepada 1.1282.

EUR/USD, 30 minit
EUR/USD, 30 minit

ECB sebelum ini menaikkan ramalan pertumbuhan tahun 2016 kepada 1.7% daripada 1.6%. Namun, jangkaan pertumbuhan bagi tahun 2017 diturunkan kepada 1.6% semalam.

Pada akhir mesyuarat dasar semalam, Presiden ECB, Mario Draghi berkata dasar yang ditetapkan sekarang masih relevan dengan ekonomi semasa. Jadi, perkara ini tidak mewajarkan bank pusat itu untuk bertindak.

Komen itu dikeluarkan selepas bank pusat mengambil keputusan untuk mengekalkan kadar tidak berubah daripada rekod terendah, 0.0%, sejajar dengan ramalan pasaran.

Dalam sesi ini, USD/JPY diniagakan merosot sebanyak 0.34%.

usd-jpy-09-09
USD/JPY, 30 minit

Pelabur dilihat mengetepikan data tuntutan pengangguran awal yang dilihat positif buat Amerika syarikat. Data yang dikeluarkan pada Khamis itu gagal menolak matawang Greenback apabila terus didagang lemah dalam sesi ini.

Sementara itu, GBP/USD meningkat 0.19%.

GBP/USD, 30 minit
GBP/USD, 30 minit

Us Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 94.89.

Baca : Pertemuan Abe dan Kuroda ini Penting Demi Masa Depan Yen!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat