Sebuah Institusi Kewangan di Malaysia Terlibat Dalam Manipulasi Ringgit, BNM Ambil Tindakan

221

Bank Negara Malaysia (BNM) pada Selasa melalui kenyataannya di laman web rasmi, mengingatkan agar semua institusi kewangan di negara ini supaya mematuhi obligasi pelaporan yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 khususnya dalam sebarang penemuan penting kepada BNM.

Peringatan ini adalah berikutan sebuah institusi kewangan di negara ini yang telah diambil tindakan di bawah penguatkuasaan FSA (Akta Perkhidmatan Kewangan) kerana tidak memaklumkan bank pusat tentang dapatan audit yang signifikan berhubung salah laku peniaganya. Salah laku ini diberitakan adalah berkaitan penetapan kadar pertukaran matawang antara US dolar dan Ringgit Malaysia.

Menurut BNM, “Dapatan menunjukkan bahawa terdapat komunikasi dengan pedagang daripada institusi kewangan asing lain termasuk rujukan yang tidak sewajarnya terhadap proses penghantaran penetapan kadar”.

BNM dalam kenyataannya mengambil serius akan pelanggaran pelaporan seperti ini, terutamanya penglibatan institusi kewangan dalam pasaran NDF (Non delivarable forward) ringgit luar pesisir atau apa-apa aktiviti yang berkaitan ke arah manipulasi pasaran.

Dagangan di NDF biasanya dilakukan di luar negara (off-shore) bermaksud di luar pasaran negara itu. Hal ini boleh menjadi illegal, tetapi undang-undang ini tidak boleh digunapakai di luar pasaran negara tuan rumah itu.

BNM juga berkata, ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap mana-mana institusi kewangan lain yang melanggar peruntukan di bawah FSA.

Tambah BNM lagi, “Tindakan penguatkuasaan termasuk mengenakan penalti monetari, mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis, memberi amaran awam dan mengeluarkan arahan pematuhan secara bertulis untuk megurangkan atau menyelesaikan pelanggaran terhadap peruntukan tersebut.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat