Sebulan ‘Menyepi’, Bitcoin Akhirnya Melompat Lebih Paras $11,000

249

Bitcoin (BTC) akhirnya telah keluar dari fasa yang membosankan, kekal pada paras nilai sekitar $10,000 untuk tempoh beberapa minggu dengan lonjakan terbesar sejak 2 September lalu.

Pada Sabtu lalu, aset digital itu melonjak sehingga $11,484 buat kali pertama setelah sebulan statik sekaligus memberi harapan terhadap lonjakan seterusnya.

Berdasarkan pemerhatian penganalisis, lonjakan itu didorong oleh keyakinan terhadap prospek pakej rangsangan Amerika Syarikat (AS) selepas White House menambah dana Parti Demokrat bernilai $1.8 trilion dalam pakej bantuan pandemik pada hujung minggu.

Pakej rangsangan tersebut dilaporkan membawa tiga manfaat kepada BTC, iaitu:

  1. Perbelanjaan pihak kerajaan dan bank pusat dalam menangani impak pandemik koronavirus akan menyebabkan inflasi dan ini merupakan isyarat positif buat matawang kripto.
  2. Apa-apa sahaja yang mendorong kepada peningkatan ekuiti akan melonjakkan BTC ekoran daripada hubungan semasa antara ekuiti dan BTC, termasuk pelabur menganggap BTC sebagai saham teknologi.
  3. Gaji rangsangan berbentuk tunai kepada pelabur individu membuka peluang kepada mereka untuk melabur dan sebahagian daripada pelaburan tersebut mungkin BTC.

Sebelum ini seperti yang dilaporkan pelaburan Square telah menyebabkan matawang digital itu melonjak sekitar $10,775.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat