SEC Bersuara, Gary Gensler Dedahkan Tumpuan Utama SEC Untuk Kripto Pada 2022!

1,813

Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS mengeluarkan pandangan terkini beliau yang terkait dengan pasaran kripto. Beliau secara amnya berpandangan bahawa badan kawal selia kewangan Washington harus mengawal secara langsung bursa perdagangan kripto. Beliau turut menzahirkan harapan bahawa pemantauan dan pengawal seliaan itu dilakukan pda tahun ini untuk memberikan pelabur lebih perlindungan apabilan berurusan dalam hal ehwal yang terkait dengan kripto.

Ini bukanlah kali pertama Gensler menggesa akan hal ini. Sebelum ini beliau telah berulang kali menyatakan bahawa mata wang kripto memerlukan peraturan pelabur yang lebih baik. Pada tahun lepas beliau juga menyatakan sokongan terhadap kripto namun hal tersebut tidak menghalang beliau daripada mendesa agar peraturan kripto diperketatkan.

“Saya tidak bias apabila melibatkan tentang perlindungan pelabur. Jika seseorang mahu membuat spekulasi, itu pilihan mereka, tetapi kita mempunyai peranan sebagai sebuah negara untuk melindungi pelabur tersebut daripada penipuan,” kata Gensler

Dalam sidang akhbar baru-baru ini, beliau menegaskan semula pandangannya dengan mengatakan bahawa pertukaran mata wang kripto harus menghadapi lebih banyak penelitian daripada SEC dan pengawal selia monetari lain pada tahun ini. Beliau menjangkakan bahawa pemantauan tambahan akan menyediakan pelabur dengan perlindungan yang diperlukan apabila berdagang aset kripto.

“Saya telah meminta ahli badan berautoriti untuk melihat setiap cara agar perlindungan pelabur terjamin. Jika platform dagangan tidak di kawal, ia akan menjadi satu lagi tahun dimana orang ramai akan terdedah dengan penipuan,” katanya

Harus dimaklumi bahawa pada penghujung tahun 2021, SEC mengupah penasihat kanan baharu, dimana tugas utamanya adalah untuk menasihati Pengerusi Gary Gensler mengenai peraturan aset kripto. Nama eksekutif baharu itu ialah Corey Frayer, dan beliau sebelum ini telah mengetengahkan “isu yang terdiri daripada perlindungan pengguna dan pelabur.”

Akhir sekali beliau berpendapat bahawa peraturan bukanlah bermaksud larangan dan Amerika tidak mempunyai niat untuk mengikut jejak langkah China.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat