SEC Hentikan Skim Ponzi Kripto Yang Sasarkan Pelabur Latino!

152

Syarikat berpangkalan di Texas, CryptoFX diarahkan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) A.S untuk menamatkan operasi segera atas isu menipu komuniti Latin.

Hal ini berikutan kerana syarikat dikendalikan oleh Mauricio Chavez dan Giorgio Benvenuto itu menyalahgunakan aset mata wang kripto bagi mendapatkan sejumlah wang daripada para pelabur yang cetek ilmu.

Difahamkan pelabur seperti berikut terlalu percaya dengan kata-kata manis syarikat CryptoFX yang menjanjikan pulangan besar sekiranya melabur dengan mereka.

Sementara itu, Chavez menubuhkan seminar berbayar sejak 2020 untuk mendidik komuniti Latin membina kekayaan melalui perdagangan aset kripto walaupun beliau tidak mempunyai pengalaman dalam pelaburan mata wang digital secukupnya.

Namun seminar tersebut menggunakan sistem referral bagi menggalakkan para pelabur memberikan wangnya kepada CryptoFX.

Beliau juga didakwa memberikan pelabur dokumen palsu sebagai janji bahawa mereka tidak perlu menanggung sebarang kerugian atau risiko jika melabur dalam syarikatnya.

Menurut SEC, CryptoFX berjaya mengumpul $12 juta daripada penipuan tersebut dan Chaves menggunakan 90% dananya iaitu $2.7 juta untuk membayar pulangan palsu kepada pelabur agar mereka lebih percaya dengannya.

Beliau juga didapati membeli barangan mewah seperti kereta, barang kemas, rumah serta pembelian hartanah untuk kepentingan diri sendiri sebanyak $8 juta.

Selain itu, Benvenuto pula dituduh mengalihkan dana ke akaunnya sendiri sejurus selepas pelabur besar sertai skim penipuan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat