SEC Mahu Bekerjasama Dengan Kongres Untuk Undang-Undang Lebih Ketat

838

Pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler memberi amaran, sekurang-kurangnya 75 tindakan telah diambil terhadap firma dan individu dalam sektor kripto, sementara lebih banyak lagi yang gagal mematuhi undang-undang.

Perkara itu didedahkan dalam pendengaran yang diadakan oleh House Committee on Appropriations semalam.

Gensler juga menekankan bahawa pengurus aset yang melabur di dalam sekuriti tidak berdaftar akan berada di bawah pemantauan SEC.

Ekoran daripada itu, Gensler berpendapat untuk bekerjasama dengan Kongres bagi mewujudkan perlindungan kepada pelabur kripto sama seperti perlindungan yang ditetapkan di Bursa Saham New York (NYSE) dan Nasdaq ke platform ini.

Figura itu percaya dengan undang-undang yang lebih ketat, nasib pelabur akan lebih terjamin daripada jenayah penipuan dan manipulasi, lagi-lagi apabila terdapat pertukaran pelaburan kripto masih belum berdaftar dengan SEC walaupun memasarkan token yang sah sebagai sekuriti.

Sejak memangku jawatan sebagai pengerusi SEC, sudah berkali-kali Gensler mengetengahkan isu ini dengan harapan dapat disegerakan. Terbaru, di bawah pentadbirannya, cadangan Safe Harbor 2.0 telah diperkenalkan, menfokuskan kepada tempoh 3 tahun bagi token didaftarkan sebagai sekuriti.

Ketika penulisan, pasaran kripto tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Bitcoin (BTC) didagangkan pada $37,627, susut lebih 4% dalam 24 jam dan Ethereum (ETH) mencatat nilai $2,671 dengan kadar penurunan lebih 5%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat