Sedar Tak Sedar, Tiba-Tiba Litecoin Mengganas!

251

Mata wang kripto Litecoin (LTC) dilaporkan melonjak melebihi 8.5% dalam tempoh 24 jam lalu pada zon harga $83.50 dengan had pasaran sebanyak $5.9 bilion.

Dikenalpasti bahawa LTC dikatakan mampu menggunung lagi hingga melepasi paras $90 susulan aset digital tersebut telah berjaya menembusi paras rintangan $80.

Hal ini berikutan kerana LTC merupakan antara altcoin yang menyaksikan prestasi memberangsangkan sepanjang bulan lepas dengan meraih 20% pada carta bulanan dan mencanak 30% untuk carta tiga bulan.

Malah, aset digital tersebut telah memperoleh sejumlah keuntungan besar walaupun Bitcoin (BTC) dan juga Ethereum (ETH) serta altcoin lain mengalami penurunan harga drastik.

Berbalik kepada sebab lonjakan tersebut berlaku, address wallet LTC dikatakan telah meningkat apabila wallet LTC kini telah meningkat kepada 162 juta berbanding awal tahun ini iaitu hanya 117 juta.

Bukan itu sahaja, rangkaian LTC turut mencapai berapa pencapaian penting apabila $1 trilion dipindahkan pada rangkain aset digital tersebut sejak penubuhannya.

Namun perlu diingatkan juga bahawa pasukan LTC telah berusaha bersungguh-sungguh dalam menjayakan naik taraf protokol Mimblewimble yang mewujudkan ciri privasi serta keselamatan yang kukuh.

Rentetan itu, LTC tidak akan berhenti melakukan pembaharuan dalam mencapai kedudukan senarai kripto top 10 dan tidak dilupakan juga sasarannya untuk menembusi zon harga $100 sebelum akhir tahun 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat