‘See You In 4 Years’ – Tunggu Trump Buat ‘Comeback’ Pada 2024

390

Siapa kata Presiden Amerika Syarikat (AS) sudah mengalah dengan jawatannya yang terpaksa dilepaskan bermula 2021?

Dalam sebuah majlis makan malam di White House semalam, Trump melontarkan klu mengenai kemunculan semula dalam kempen pilihan raya presiden empat tahun lagi.

Dakwaannya itu secara tidak sengaja didedahkan menerusi rakaman langsung di Facebook oleh bekas pengerusi Parti Republikan Oklahoma, Pam Pollard yang turut menghadiri ke majlis itu.

“Ia merupakan empat tahun yang mengagumkan. Kami akan berusaha keras untuk lagi empat tahun. Jika tidak, saya akan temui anda semua lagi empat tahun.” kata Trump.

Sebelum ini, presiden itu berat untuk menerima kekalahannya dan mengemukakan tuntutan undang-undang terhadap keputusan pilihan raya pada November lalu.

Malah figura itu turut nekad berjumpa dengan barisan pemimpin Republik, mendesak keputusan pilihanraya dibatalkan setelah kemenangan berpihak kepada pesaingnya, Joe Biden.

Sebenarnya, pada bulan lalu Senator Republik Lindsey Graham telah mencadangkan kepada Trump untuk comeback dalam pilihanraya 2024 jika Biden diisytiharkan sebagai pemenang rasmi.

Seven Letter kemudian mendedahkan sebanyak 66% penyokong Republikan bersetuju jika Trump kembali berkempen dalam empat tahun lagi dan 38% tidak mahu pemimpin itu melepaskan jawatannya.

Mungkin ketika ini majoriti masih menyokong Trump. Tetapi, bagaimana pula dengan pengaruhnya menjelang 2024, adakah masih sama atau sebaliknya?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat