Sehijau Kuih Seri Muka Semasa Sarapan, Bursa Dibuka Tinggi Lagi

130

Pada jam 9.10 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencanak 2.20 mata pada 1,532.85 daripada penutupan Isnin pada 1,530.65.

Indeks dibuka 2.68 mata pada 1,533.33.

Ia dibuka tinggi hasil dorongan beberapa saham wajaran tinggi dalam kaunter produk perindustrian apabila komoditi berkaitan logam didagangkan pada paras tertinggi 13 tahun.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 152 berbanding 122, manakala 239 kaunter pula tidak berubah, 1,699 tidak didagangkan dan 10 digantung.

Jumlah perolehan pada 182.53 juta unit bernilai RM89.72 juta.

Menurut nota Malacca Securities Sdn Bhd, segmen bahan binaan sudah menampakkan aktiviti dagangan semasa musim pemulihan dalam komoditi.

Tambahnya lagi, pelabur mungkin beri tumpuan kepada sektor berkaitan komoditi seperti minyak dan gas serta sektor perladangan memandangkan harga minyak sawit mentah dan minyak Brent dalam kenaikan kukuh.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Press Metal maju 8 sen pada RM6.36, Petronas Chemicals tambah 5 sen pada RM9.10, Maybank capai 4 sen pada RM8.30 dan Genting Malaysia naik 3 sen pada RM2.80.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy kekal 5 sen, Pertama Digital kukuh 3.5 sen pada 91.5 sen, DneX naik 1 sen pada 98 sen sementara Dataprep jatuh 2.5 sen pada 43.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE maju 6.94 mata pada 6,255.22, FBM 70 kukuh 10.38 mata pada 13,559.79, FBM Emas tambah 13.13 mata pada 11,031.99, FBMT 100 canak 13.75 mata pada 10,711.89 dan FBM Emas Shariah capai 11.71 mata pada 11,766.21.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan mencanak 26.39 mata pada 15,853.01, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencapai 0.88 mata pada 205.49 dan indeks Perladangan melayu 3.53 mata pada 6,608.24.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat