Sejauh Manakah Kesan Lockdown Kedua Akan Jejaskan Ekonomi UK?

383

Memasuki tarikh 2 November hari ini, bermaksud bermulanya satu lagi episod duka buat ekonomi UK berikutan perlaksanaan perintah berkurung di seluruh negara buat kali kedua setelah menyaksikan lonjakan berterusan dalam kes harian Covid-19 sejak bulan lalu.

Pada hujung minggu, Perdana Menteri Boris Johnson mengumumkan perlaksanaan langkah sekatan lebih ketat selama 4 minggu, di mana semua rakyat digalakkan untuk duduk di rumah melainkan ada hal-hal penting di luar, termasuk pendidikan, perubatan atau untuk mendapatkan barang keperluan.

Bagi beberapa industri yang tidak boleh bekerja dari rumah, seperti pembinaan dan perkilangan pula akan dibenarkan untuk beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, PM Johnson turut melanjutkan skim pembayaran gaji pekerja yang sepatutnya berakhir pada 31 Oktober bagi terus menyokong perniagaan dan isi rumah.

Walaupun penutupan kali ini hanya 4 minggu, ia cukup untuk memberi kesan kepada sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disebabkan sektor-sektor seperti peruncitan, perhotelan dan pelancongan yang terjejas.

Malah, sekatan ini mungkin akan dilanjutkan lebih daripada empat minggu, menurut menteri Kabinet Michael Gove yang menjawab soalan Sky News apabila ditanya mengenai kemungkinan tersebut.

Penganalisis daripada Institut Kajian Fiskal (IFS) masih tidak dapat menyatakan dengan jelas berapa banyak defisit perbelanjaan kerajaan akan meningkat akibat sekatan terbaru ini, tetapi meramalkan bahawa ia akan mencecah £350 bilion bahkan ia telah berlaku sebelum penutupan diumumkan.

Sementara itu, ketua ekonomi dari Capital Economics pula berpandangan kesan ekonomi mungkin tidak seteruk seperti yang dialami oleh negara itu pada April di mana ia menguncup sebanyak 20% memandangkan tidak semua aktiviti ekonomi ditutup kali ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat