Sejauh Manakah Penurunan Harga Pada Carta EUR/USD Akan Diteruskan?

497

Sentimen dagangan matawang dolar Euro kekal lemah dengan pelbagai faktor yang memberi tekanan terhadap matawang Eropah tersebut.

Di samping kebimbangan terhadap wabak Koronavirus yang menjejaskan perdagangan global, ekonomi zon Eropah khususnya Jerman sebagai ekonomi terbesar, berterusan mempamerkan bacaan data yang mengecewakan.

Terbaru, sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW untuk unjuran perniagaan bagi 6 bulan ke hadapan mencatatkan angka bacaan yang sangat rendah, menurun dari 18 mata bulan sebelum ini kepada 8.7 mata pada Februari 2020.

Kesan negatif akibat penularan Koronavirus telah menjejaskan sentimen keyakinan ekonomi dengan jangkaan sektor eksport menguncup.

Dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD masih meneruskan siri penurunan harga sejak awal Februari lalu.

Pelabur bakal berwaspada menantikan laporan minit mesyuarat FOMC awal pagi nanti yang bakal memacu pergerakan matawang US dolar.

Harga yang bergerak mendatar di atas paras support 1.08300 sejak Jumaat lalu akhirnya telah berjaya turun lebih rendah pada dagangan semalam mencecah paras 1.08731 mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan April 2017 lalu.

Harga masih kekal berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) yang menunjukkan trend bearish pada carta EUR/USD.

Jika harga kekal meneruskan penurunan, harga akan cuba melepasi support 1.07900 dan turun mencatatkan paras terendah terbaru untuk hampir tempoh 3 tahun menuju ke paras sekitar 1.07000.

Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan semula dan melepasi halangan dinamik MA50, harga dijangka menuju paras sekitar 1.08800 selepas melepasi zon SRB (support become resistance) 1.08300.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat